Apa sebenarnya yang berlaku di Afghanistan?
Apa sebenarnya yang berlaku di Afghanistan? — Percaturan AS menghalang peluasan geoekonomi China di Selatan Asia Tengah. Selepas Taliban dikalahkan Amerika susulan serangan World Trade Center pada 11 September 2001 (Peristiwa 9/11) iaitu 20 tahun yang lalu, DUNIA dikejutkan dengan kemaraan Taliban yang kembali menguasai majoriti wilayah Afghanistan. 2. Kenapa Amerika berundur membiarkan Afghanistan jatuh ke tangan Taliban? Apa beza Taliban, Al-Qaeda, dan Daesh/ISIS? Kenapa Amerika tidak terus menggunakan serangan dron untuk hapuskan atau sekat kemaraan Taliban? - Jawapan: Kerana; 1) Percaturan Amerika untuk menghalang peluasan geoekonomi China di Selatan Asia Tengah. 2) Mengalihkan sumber mereka untuk mengimbangi Belt and Road Initiative China. 3) Pemodenan tentera Amerika untuk mengimbangi Beijing di Laut China Selatan. 3. Taliban atau dalam Bahasa Pashtun bermaksud ‘Pelajar’ yang berasal daripada kumpulan pelajar agama Afghan aliran Deobandi yang menuntut di Pakistan pasca-penjajah