Apa sebenarnya yang berlaku di Afghanistan?

Apa sebenarnya yang berlaku di Afghanistan?

— Percaturan AS menghalang peluasan geoekonomi China di Selatan Asia Tengah.

Selepas Taliban dikalahkan Amerika susulan serangan World Trade Center pada 11 September 2001 (Peristiwa 9/11) iaitu 20 tahun yang lalu, DUNIA dikejutkan dengan kemaraan Taliban yang kembali menguasai majoriti wilayah Afghanistan.


2. Kenapa Amerika berundur membiarkan Afghanistan jatuh ke tangan Taliban? 

Apa beza Taliban, Al-Qaeda, dan Daesh/ISIS? Kenapa Amerika tidak terus menggunakan serangan dron untuk hapuskan atau sekat kemaraan Taliban? 

- Jawapan: Kerana;

1) Percaturan Amerika untuk menghalang peluasan geoekonomi China di Selatan Asia Tengah.

2) Mengalihkan sumber mereka untuk mengimbangi Belt and Road Initiative China.

3) Pemodenan tentera Amerika untuk mengimbangi Beijing di Laut China Selatan.


3. Taliban atau dalam Bahasa Pashtun bermaksud ‘Pelajar’ yang berasal daripada kumpulan pelajar agama Afghan aliran Deobandi yang menuntut di Pakistan pasca-penjajahan Kesatuan Soviet di Afghanistan.


4. Pada 1989 iaitu selepas Kesatuan Soviet berundur daripada Afghanistan, Mullah Omar (pengasas Taliban) tidak berpuas hati dengan kerajaan Afghanistan ketika itu yang tidak melaksanakan undang-undang Syariah, di samping kadar rasuah yang terlalu teruk.


5. Meskipun ketiga-tiga gerakan(Taliban, Al-Qaeda, Daesh/ISIS) ini mengikuti mazhab Sunni dan bercita-cita menegakkan undang-undang Syariah, namun pendekatan mereka jauh berbeza.

• Taliban: Berpegang pada aliran Deobandi yang menekankan doktrin taqlid dan sebahagian besar mengikuti Mazhab Hanafi.

• Al-Qaeda: Diasaskan Osama Bin Laden. Berpegang kepada Wahhabisme dan kaedah kekerasan untuk memerangi Barat (antaranya didakwa mendalangi serangan 11/9).

• Daesh/ISIS: Berpegang pada Wahhabi-Salafis yang lebih kuat menegaskan agenda takfiri iaitu menghukum sesiapa yang berbeza pandangan dengan mereka (terutama orang Islam sendiri) sebagai kafir dan halal untuk dibunuh.


6. Pengikut Taliban adalah jauh lebih besar berbanding pengikut Al-Qaeda dan ISIS yang dianggarkan sekitar 100,000 orang kerana sejarah panjangnya yang pernah berkuasa selama lima tahun di Afghanistan (1996-2001) serta kedudukan geografi bergunung-ganang yang memudahkan pemimpin mereka untuk berlindung.


7. Antara dua faktor penting yang mengakibatkan Taliban menguasai Afghanistan pada tahun 1996 adalah disebabkan oleh:

1) Sokongan rakyat Afghan yang muak dengan kadar rasuah serta ketiadaan penerapan undang-undang Syariah oleh kerajaan Afghan. 

2) Kerajaan Afghanistan di bawah Special Inspector General for Afghanistan Reconstruction’s telah dilaporkan menyeleweng wang rakyat sekitar RM80 bilion pada 2020.


8. Namun begitu, situasi hari jauh berbeza dengan situasi 20 tahun lalu; Amerika memiliki kekuatan ketenteraan yang paling berkuasa di dunia melalui teknologi dron yang boleh membunuh musuh dari jauh, menguasai segenap teknologi satelit dan komunikasi, serta juga sistem kewangan antarabangsa.


9. Lalu mengapa Amerika seolah-olah tidak bersungguh-sungguh menggunakan teknologi dron untuk menghalang kemaraan Taliban? Kenapa Amerika tidak memintas segala komunikasi dan koordinasi Taliban? Dari mana Taliban mudah mengakses senjata dengan cukup banyak dalam masa yang singkat hingga ke tahap mengalahkan tentera profesional Afghanistan yang dilatih selama 20 tahun oleh Amerika dan NATO? 

(Perlu diingat, Afghanistan ialah negara yang tidak memiliki sempadan laut atau perairan – ia terkepung sebagai negara daratan dikelilingi Pakistan, Iran, Turkmenistan, Uzbekistan, dan Tajikistan.)

- Jawapan: Realitinya, Amerika lebih daripada mampu untuk menghalang kemaraan Taliban serta membantu kerajaan pimpinan Ashraf Ghani untuk mewujudkan Afghanistan yang stabil. Namun begitu, Afganistan yang stabil akan;

1) Memberi ruang kepada pesaing Amerika iaitu China untuk meluaskan projek geoekonomi Belt and Road Initiative (BRI) mereka.

2) Memberi isyarat bahawa Afghanistan juga berpotensi mengecap kemajuan yang serupa dengan kemajuan projek China-Pakistan Economic Corridor (CPEC) sekiranya mereka mampu menstabilkan politik mereka.

3) Paling mencabar bagi Amerika adalah hakikat bahawa Pada 2019, Liu Jinsing (Duta China ke Afghanistan) menegaskan kepentingan strategik Afghanistan kepada BRI China.

4) Selain projek seperti Amu Darya basin oil project oleh syarikat petroleum terbesar China iaitu China National Petroleum Corporation, serta Aynak copper mine oleh Metallurgical Group Corporation dan Jiangxi Copper Company Limited, pelaburan China di Afghanistan pada tahun 2020 sahaja telah mencecah lebih RM16 juta dalam keadaan pandemik.


10. Amerika bukan sahaja bergelut dengan pemulihan pasca pandemik, bahkan sejak sekian lama menanggung beban Perang Afghanistan (sejak 2001) dan Perang Iraq (sejak 2003) selain komitmen NATO, pangkalan tentera di negara asing, serta pemodenan angkatan tentera laut mereka untuk mengimbangi China di Laut China Selatan.


11. Pada tahun ini juga, Amerika (Di bawah Preside Biden) dengan kerjasama G7 telah melancarkan inisiatif ‘Build Back Better World’ (B3W) bagi mengurangkan jurang infrastruktur berjumlah RM160 trilion (ASD 40 trilion) untuk menyaingi inisiatif infrastruktur BRI China.


12. Maka, seperti mana CIA Amerika menaja Mujahidin Afghanistan dahulu untuk berperang dengan Komunis Soviet, hari ini Amerika seolah-olah membiarkan Taliban mara secara ketenteraan untuk menyahstabilkan Afghanistan sekali gus menghapuskan potensi rancangan geoekonomi China-Pakistan-Afghanistan. — Kerana kuasa barat telah memberi amaran bahawa Afghanistan bawah Taliban akan dipulau daripada sebarang bantuan ekonomi yang memberikan isyarat jelas bahawa ketidakstabilan ekonomi bakal berterusan.


13. Sebagai tindak balas, Wang Yi(Menteri Luar China) telah menjemput Mullah Abdul Ghani Baradar(pengasas & juga Naib Ketua Taliban) bersama lapan lagi wakil Taliban di Tianjin, China pada 28 Julai baru-baru ini untuk mengadakan rundingan peringkat tertinggi dengan Taliban secara terus. Tindakan China ini berbeza dengan sikap mereka yang tidak mengiktiraf Taliban sama sekali ketika ia menguasai Afghanistan pada 1996-2001 dahulu.


14. Hakikatnya, seluruh dunia sedang menanti dengan penuh debaran bagaimana Taliban akan melaksanakan kuasanya di Afghanistan – adakah Taliban akan mengulangi dasar menghalang perempuan daripada mendapat pendidikan formal dan bekerja di sektor awam, mengharamkan muzik, serta memencilkan Kabul dari persada antarabangsa seperti era 1996-2001 dahulu? Atau Taliban akan menjalin kerjasama geopolitik dan geoekonomi dengan China dan Pakistan yang berbeza dengan kerajaan tajaan Amerika-NATO sebelum ini? 



Sumber rujukan:

https://ismaweb.net/2021/08/14/apa-jadi-sebenarnya-di-afghanistan/

Abdul Muein Abadi

Penyelidik PhD Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda.

Comments

Popular posts from this blog

Duhan - Serhat Durmus, Mazlum Uruc (Arabic - English Translation) Lyrics

Lifeline - Gentleman ft. Ezhel (Turkish - English Translation) Lyrics

Popcat "Catlympic" Trending 2021