Siapakah Taliban?
Siapakah Taliban? Perkataan 'Taliban' adalah satu gerakan yang membawa nada negatif serta sering dikaitkan dengan keganasan. Dikenakan pada mana-mana pihak atau sesiapa saja yang kebiasaannya Muslim yang dilihat mempunyai pegangan keras terhadap perkara-perkara tertentu - 'Taliban' menjadi cacian banyak pihak yang sebenarnya langsung tidak memahami apa yang mereka ucapkan. Persoalannya, benarkah Taliban selari dengan keganasan atau hanya sekadar satu salah faham yang sengaja diperbesarkan? Jom kita rungkaikan serba sedikit sejarah awal penubuhan gerakan Taliban. Apa itu Taliban? Nama ‘Taliban’ membawa maksud ‘Sekumpulan pelajar’, menggabungkan perkataan Arab 'Talib' dengan imbuhan 'an' yang diambil daripada dialek Parsi/Pashtun. Gerakan ini dinamakan sedemikian rupa kerana pada peringkat awal permulaannya, selain daripada disertai kumpulan penentang Mujahid, gerakan ini turut menerima penyertaan ribuan 'pelajar-pelajar madrasah' yang terletak d...